Monday 10 July 2023

Aku Dengki, Aku Cemburu, Aku Celaru!!!

 

(refer video ni untuk more feeling)

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni since last post..

Kali ni, post ni ingin meluahkan perasaan yang telah sekian lam terpendam..
Jam menunjukkan 5.33pagi, saja aku catatkan bagi peringatan berapa lama aku mengetip keyboard..

Ya Allah, aku sangat cemburu, dengan hambaMu yang mempunyai ruang waktu bersujud tepat waktu padamu...sesungguhnya aku hamba yang hina lagi derhaka..

Recall;
Aku call ayah..ayah ke masjid untuk solat,
Aku call kawan, kawan on the way ke masjid untuk solat..

Allah telah bagi aku peluang untuk menghabiskan masa bersujud padanya...bertaubat...namun aku masih lagi hanyut dengan duniawi..
Masih kejar kerjaya..masih mengejar harta duniawi..
Apa yang aku cari???

Sesungguhnya aku pun tidak pasti..

Setahu aku..apa yang dibenak fikiranku, selagi aku hidup dan sihat, aku akan cuba mencari peluang dan grab the opportunity in front of me..

Ya Allah..

Aku sedar aku sakit...
Aku sedar aku tak mampu..
Tapi aku percaya Allah ada bersamaku..

Moga aku mencapai apa yang aku hajati..

Aminnn..YRA

Note: Yaya mendoakan sesiapa yang membaca post ni agar dipermudahkan urusan dan di makbulkan doa.

Sunday 13 June 2021

My Last Day at Zheng Food (M) Sdn Bhd

Assalamulaikum,

Ya Allah, hari ni di beri peluang untuk menulis di blog. 

14 Jun 2021 Isnin 
Hari ni hari terakhir officially yaya berkerja di Zheng Food  (M) Sdn Bhd, kilang buat frozen food mainly dimsum.

MasyaAllah, tidak disangka yaya tamat karier or perjalanan disini. Kerjaya di Zheng Food adalah antara kerjaya yang terindah dlm hidup yaya. Yaya tak dapat nak ulas menerusi penulisan. 

Secara ringkasnya, yaya berhenti disebabkan nasihat doktor pakar mengenai lifestyle. Kena ubah. So decide to end my carrier here. (Hanya Allah shj tahu kesedihan dan ujian ini).

Sepanjang perjalanan karier di Zheng Food, banyak yaya pelajari. Banyak menimba ilmu dari pelbagai segi. Terima kasih tidak terhingga kepada Ms Carrmen yang bagi peluang dan kepercayaan pada yaya untuk menjadi Sales & Marketing Exec di Zheng Food. Tanpanya peluang ini tidak dapat yaya capai. Terima kasih juga pada Pn Lulu Afra selaku HR yang telah menapis yaya semasa hari interview. Hanya Allah swt yang mampu untuk membalas jasa2 anda.

Terima kasih juga buat Mr Wilson selaku boss di Zheng Food kerana menerima yaya sbg pekerja. Terima kasih juga buat semua pekerja di Zheng Food, banyak membantu dari segala segi. Terima kasih juga buat Pn Norazlyn, my buddy.

Tiada kata yang yaya boleh express. Hanya jutaan terima kasih buat semua sepanjang perkenalan.

#4years3months
#zhengfoodhalaldimsum

Thursday 15 April 2021

My Back Pain Story

Alhamdulillah diberi kesempatan menulis di sini lagi...
Hari ni yaya nak cerita perjalanan sakit yaya...Act since 4week ago yaya dah sakit..the whole body pain due to buat kerja angkat2 barang..
Hari selasa betul2 limit dh..sampai kaki pun dah tak rasa kaki...(kerja hakiki long driving dan angkat barang mostly 1ctn 5-15kg and more than 10ctn for this 2weeks)...
So hari rabu mmg badan dah sakit sgt...dont know how to explain..(body pain)..then pergi klinik bagi ubat muscle and pain killer....
Then ok sakit badan,..
Khamis, then start atas czer bahagian perut dah start sakit...yaya ignore je ...sekali masa nk sidai baju anak terkena la perut...pain dia 10/10...nk menjerit sakit...walhal tersentuh shj..then minta husband bawa ke emergency...sekali dgn anak angkut..kesian dkt adik Afia dia pun demam...
Emergency Hospital Kajang: sampai jam 10mlm...jumpa doc Naomi (sgt baik)..futher check up...ambil darah n cucuk ubat tahan sakit & drip water...siap jam 4pagi..
4pagi anak kecik, Afrah dan husband tido dalam kereta (MasyaAllah, rasa bersalah gila sbb susahkan mereka)..
Doc bagi MC 3 hr..tp sabtu ahad cuti..Also doc suggest to go fisio...but tarikh appoinment 21/04/2021 (2minggu)
The next day, Jumaat, Alhamdulillah sihat...Yes...dah sihat..no more pain....
Sabtu...yeay...no pain
Ahad..yeay...no pain...
Then start Monday, masuk kerja...dah bg surat dkt HR, then i ada kerja nak settle (need to driving just dlm 12km shj)..bila dah driving dah start sakit dekat belakang...lower back pain...but still boleh tahan sbb makan painkiller..
Selasa...meeting pagi...then meet my boss (consult for back pain as he professional on this)..sekali boss check dgn alat dia...sakit 11/10..more pain than ever...then kaki dah start kebas...sorry selasa first Ramadhan but tak dapat puasa (cuti)..tghr balik makan painkiller...blh tahan even sakit....
Rabu..masuk kerja mcm biasa..but after 2 kali membuang..sakit belakang 10/10...mmg nanges la sakit..then minta go klinik again n bila di klinik..doc bagi refer for futher xtray at KPJ...i fikir about doc ask to fisio..then i search google ada PHISIOGO BANGI...then i pergi sana..Alhamdulillah..release sikit back pain...sikit shj...but at least i blh tidur mlm tu..
One more thing, Alhamdulillah my biras willing to jaga my little daughter..so dia ambil adik...
So mmg tido lena tak ingt dunia (Normally mmg 12-3-6 kena bangun buat susu)..
Khamis, (TODAY)...meeting morning..lepas tu rest and straight ke KPJ..semua doc Orthopedic tak available..they ask me to come again tomorrow morning..hurm.. sakit mmg tak dpt nk describe....so husband suruh mengurut again...
straight to Manjakaki Tesco Kajang ...Again...sgt release part2 lain .but the lower back pain still sakit gila ...(haa,.mula la nk nyanyi lagu GILA ni)...then lepas makan ubat painkiller lagi..jam 11mlm..pain tak tahan sangat...again minta husband bawa pergi emergency..
Now...menulis smbil tunggu jumpa doc...

Monday 16 December 2019

Breast Pump Stories- Afia Maira 2019

Salam semua, seperti yg tertulis di gambar di  atas, yaya nak share story mengenai breast pump and milk production.

First of all, utk 2nd baby yaya guna Lacte breast pump beli di BE Baby Expo di Mesa Mall pada 29 Sept 2019.
Alhamdulillah dah kali ke 4 berjaya memerah susu.

Buat pertama kali pump smlm dpt 30ml..Alhamdulillah...
Masa 12.00tghr / Duration pump 15minit
(Condition back pain/ no sound)

Latest pump hari ni jam 3pg 70ml (sambil diiringi bacaan yassin (13m) dan kesihatan yg mengizinkan). Before this perah jam 5ptg dpt  10ml shj selama 10m. Sebab tak tahan sakit pinggang.

Disamping itu yaya turut mengambil susu tambahan sebanyak 2 kali sehari pagi dan malam 200ml.
Itu sahaja review sampai 17 Dec 2019. Semoga di beri kesempatan menulis di ruangan ini.

Saturday 26 October 2019

Persiapan sebelum bersalin

Salam semua,

Dah lama sgt2 tak mengarang..dlm draft ada la lebih 50 post yg tulis separuh jalan..bila nk post mmg dah hilang ingatan la..blh ke post posting separuh je..ada jugak yg kene nanti kan??

Ok la..jgn membebel sgt kang tak hbs cerita harini..

Seperti sebelum ni, cara yaya persiapkan diri nk bersalin;

1. Mengurut
2. Spa muka 
3. Spa kaki
4. Rambut (Cuci dan potong)

Ha...nk review sahaja mungkin bermanfaat..

1. Mengurut
* biasa urut kaki je, tu pun tukang urut tak urut tekan2 sgt.. just biasa2 shj...sbb kebelakangan ni always cramp kaki kiri dan kanan. Biasanya sebab selalu lupa nk berselimut dan yaya ni sejenis spesis yg tak suka pakai stokin. Rimas sgt. Dari zaman anak dara lagi, konon kpop la sgt. Nak tido pakai stokin comel2. Tapi bangun pagi confirm takde stokin.

See..bebel lagi...

Tempat urut : MYDIN Mall Semenyih Ground Floor
Harga: RM20 + RM5 (Minyak Halia) 
Total RM25
*Price fixed since 2016*
Masa mengurut: 30minit
Nama pengurut: Kak Maurine (Highly suggested)

Last date yaya urut 11/10/2019.

Reason urut: Last night cramp kedua-dua belah kaki.

Biasa urut sebulan sekali. Kat sini hanya provide urutan kaki shj. Untuk lelaki dan perempuan. Mesra untuk muslim sbb dia akan letak penghadang.

Urutan badan pula tak disarankan untuk wanita hamil. Tapi biasa untuk persiapan bersalin orang akan urut susu. 

2. Spa Muka

The best spa dekat bangi Seri Aida Beauty, yaya start buat facial kat sini dari tahun 2013 lagi. Dah 5 tahun la. So far yaya suka buat spa kat sini, cuma sakit nauzubillah..hahahahaa..tapi nak cantikkan..biasa la beauty is pain..

Bukan sakit apa, sbb yaya selalu buat treatment keluarkan jerawat tu, dia picit...mmg sakit la..tp hasil puas hati, sbb kalau picit sendiri akan bengkak dan kadang kalau sakit sgt nanti stop. 

Kat sini dia mmg picit habis, sampai gigi rambut kalau ada jerawat pun dia picit. Lepas tu, muka dah xde blackhead and whitehead. Terbaiklah.

Tempat spa muka : Seri Aida Beauty, Bangi (Dekat dengan KipMall)
Harga: RM90 (Resdung Treatment and Acne) + RM25 (Collagen) + RM10 (Acne Serum)
Masa yang diperlukan untuk treatment : 2jam (depend pada waktu menunggu juga ya, sebab sini tiada booking appointment, first come first serve).

Total RM125

Last date yaya treatment 26/10/2019.
3. Spa kaki

Sama tempat mengurut tadi, spa kaki ni best buat sebab nanti kaki yg macam yaya ni, tak suka pakai stokin akan pecah dan tak lembut. Bila buat dia tahan la sebulan atau lebih depend pada penjagaan.

Tempat spa kaki : MYDIN Mall Semenyih Ground Floor
Harga: Depend pada kondisi kaki tu. Biasa yaya buat RM60.
Total RM60

4. Rambut (Cuci dan potong)

Rambut juga memainkan peranan penting untuk berpantang. Dalam masa pregnant ni sehari sekali kene syampoo sebab berpeluh sgt. 

Best taw cuci rambut kat sini, dia urut pergh..best la..tapi kejap je la urut leher tu..berpatutan la dgn harga ya..

Tukang gunting rambut pun sedap mata memandang dan sangat ramah.

Tempat Salon Rambut : MYDIN Mall Semenyih First Floor
Harga: RM20 (Cuci sahaja)
Barber: Nikma

Last date yaya cuci rambut 26/10/2019.

So, kesayangan itu sahaja coretan yaya. Moga diberi kesempatan untuk mengarang lagi.

Amin.

Moga penulisan ini bermanfaat untuk semua yang membacanya. 

Wednesday 14 November 2018

Dental Surgery Afrah Maira 4years old

Salam semua,

Lama tak update blog, masa tak mengizinkan, hari ni nak share pengalaman buat semua and buat tatapan bidadari mama cik Afrah Maira.

Tarikh 15 November 2018
.
Satu tarikh yg pasti jd kenangan seumur hidup. Afrah kene cabut gigi sebanyak lebih kurang 10batang. Bermula dengan 4batang sampai 10batang baru ada ruang utk operation.
.
MasyaAllah, tetiba kaku nk bercerita. Tak tahu nk mula dari mana, act sekarang afrah dalam operation room. Mama baru lepas teman afrah ambil bius untuk tido.
.
Alhamdulillah.sejak dari follow up smpai ke dewan bedah layanan diberikan 5star. Semua doc baik2 and nurse pun sentiasa senyum.
.
Dah lama follow up since Feb 2018, tapi disebabkan Afrah asyik demam terpaksa tangguh.
.
Hari ni turn patient lain tp sbb adik tu demam. Afrah replace. Nurse call semalam utk teruskan operation hr ni. Jam 6.45pg. Nurse nasihat supaya puasa jam 3pg, pakai stokin, baju butang atau senang buka.
.
alhamdulillah..smooth pg ni. Selamat sampai 6.30pg dan kaunter pun dah buka. Afrah 2nd turn. 1st kawan dia lelaki.
.
Ok, dr jam 7pg start tunggu dia wad kanak2..afrah mcm biasa aktif and ada kawan umur 5tahun waiting operate gigi juga.
.
Jam 9pg turn Afrah, dah masuk dewan bedah, mama teman. Masa masuk mama blur doc asyik main dgn Afrah. Mama tanya ini untuk hilangkan fokus Afrah ke. Doc ckp utk hilangkan rasa bosan Afrah sebab lama lagi nk tggu turn. Mama tak bawak hp atau mainan Afrah. Then doc bg keluar ambil hp dgn papa kejap. So bagi la Afrah tengok my little pony kejap.
.
Then turn afrah, Afrah happy je. Sbb mama main2 dan doc pun buat Afrah happy. Sampai turn nk bius Afrah, mama blur lagi, masa tu mama bg Afrah tgok pony, then Afrah sedut bius utk tido. Masa tengah tgok pony..mata Afrah hilang fokus and tgok tmpt lain. Mama tetiba rasa badan Afrah longlai.tapi Afrah sempat meronta. Mama sempat ckp kat telinga afrah, mama ada. Mama sayang afrah. Then mata dia tutup. Doc ckp Afrah dah tidur and doc suruh mama kiss Afrah sebelum tunggu afrah operate.


Mama doakan Afrah kuat dan selamat menjalani operation.
.
AllahuAkhbar.
.
Mama sayang Afrah Maira.